Latihan Pentadbir Laman Web
24 Januari 2024
Latihan pentadbir laman web disampaikan oleh Puan Marini Zainon daripada Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi (Kampus Kesihatan).
Latihan ini mendedahkan peserta kepada perisian komputer yang dikenali sebagai Joomla. Ia merupakan satu Sistem Pengurusan Kandungan atau Content Management System (CMS) yang membantu dalam penerbitan kandungan laman web.
Latihan program disertai semua ahli SPICES, termasuk Penyelaras SPICES PM Dr. Sharifah Emilia serta wakil daripada Jabatan Patologi.
Diharapkan latihan ini dapat memberi ilmu baru kepada peserta dan membantu peserta menguruskan laman sesawang jabatan masing-masing dengan baik.